BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 27, 2008

Egg-o-logy

Kuala Lumpur 26 September 2007

Ketua balai polis Brickfields hari ini mengesahkan bahawa pihak beliau telah menerima aduan dari Pemuda UMNO bahagian Seputeh mengenai Wakil Rakyat Seputeh Teresa Kok, mengatakan bahawa dia (Kok) telah menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan telur-telur seMalaysia.

Pemuda UMNO itu diwakili oleh Timbalan Ketua Bahagian Alawi Dahalin telah menuduh Theresa menghina telur apabila beliau mengatakan makanan yang disediakan kepadanya sepanjang penahanannya di Kem Kamunting sebagai 'hanya layak untuk makanan anjing'.

Pihak polis mengambil serius terhadap tuduhan ini dan akan menjalankan siasatan sepenuhnya. Setakat ini, pihak polis telah dilihat menahan reman ibu-ibu ayam, bapa-bapa ayam dan anak-anak ayam yang berkeliaran di Lorong Haji Taib untuk membantu siasatan.



Dari siasatan yang dijalankan, didapati telur-telur ayam bergred rendah telah dihantar ke pasaraya-pasaraya TESCO, Giant dan Carrefour manakala yang bergred tinggi telah dihantar ke Kem Kamunting untuk santapan seorang kerabat diraja yang sedang bermastautin selama 2 tahun di kem tersebut.

"Kami akan pastikan bahawa bekalan telur Gred tinggi di Kem Kamunting mencukupi untuk tempoh dua tahun untuk menghindarkan lagi penuduhan yang tidak berasas ini"

Laporan dari BERNAMA

0 comments: